Saturday 4 April 2015

PANTUN NASIHAT

PANTUN EMPAT KERAT-NASIHAT
Ada kolam ada masjid,
            Tempat orang sembahyang raya;
Tengah malam bulan terbit,
            Bintang sebiji membawa cahaya.

Air surut memungut bayam,
            Sayur diisi di dalam kantung;
Jangan diikut resmi ayam,
            Bertelur sebiji riuh sekampung.

Alang-alang menjeruk asam,
            Biar lebih, kurang jangan;
Alang-alang menyeluk pekasam,
            Biar sampai ke pangkal lengan.

Ambil golok di atas puan,
            Hendak berakit ke kuala kedah;
Usah dijiolok sarang tebuan,
            Badan sakit sesal tak sudah.

Anak indung anak ketitir,
            Anak merbah terlompat-lompat;
Yang dikendong habis tercicir,
            Yang dikejar haram tak dapat.


MAKSUD PANTUN
RANGKAP 1
Persoalan berkaitan dengan menjadi manusia yang berguna dan sentiasa menolong orang lain. Maksudnya, nasihat agar suka menolong orang, orang dalam kesusahan, kesulitan; seperti sebiji bintang yang menyinari bagi gelap pada waktu malam untuk memandu arah perjalanan manusia.
RANGKAP 2
Persoalan tentang sikap buruk orang yang suka membuat kecoh. Maksudnya, nasihat agar kita jangan suka membuat kecoh atau heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil.
RANGKAP 3
1.      Persoalan tentang sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Maksudnya, apabila melakukan sesuatu pekerjaan, lakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga Berjaya dan hasilanya maksimum.

2.      Konteks penggunaan yang sesuai adalah untuk kerja yang tidak baik. Ini kerana konotasi maksud “pekasam” ialah “busuk”. Rujuk filem Semerah Padi (P.Ramlee). dalam filem itu terdapat babak X ditangkap kerana berzina dengan Y. Mereka diarah bertaubat sebelum dihukum sula. Namun, X enggan dan melafazkan dialog. “tidak! Alang-alang  menyehik pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”.
RANGKAP 4
Persoalan tentang kesan buruk hasil daripada melakukan sesuatu yang tidak baik. Maksudnya, mendapat kerana melakukan sesuatu yang tidak elok, tidak berfikir sewaktu bertindak. Apabila mudah berlaku, tidak guna menyesal, sama seperti perbuatan memusnahkan sarang tebuan, menyebabkan badan sakit kerana disengat tebuan berbisa tersebut.



RANGKAP 5
Persoalan tentang sikap tamak yang membawa kerugian. Maksudnya, sikap tamak akan menyebabkan seseorang mengalami kerugian berganda. Apa yang sedia ada mungkin hilang  ( musnah, keciciran), sedangkan apa yang dihajati (kehendak,hasrat,dikejar), belum tentu dapat hasilnnya.

TEMA
Tema pantun ialah kemanusiaan dan kemasyarakatan. Pantun ini memberikan nasihat kepada manusia ke arah membentuk peribadi mulia.
PERSOALAN
Persoalan pantun ini berkaitan dengan nasihat kepada manusia memang pentingnya menjaga kelakuan, sikap, dan budi bahasa dalam masyarakat.


 GAYA BAHASA
“Rangkap 5”
(Anak) indung anak ketitir.
(Anak) merbah terlompat-lompat
“Anak” ;anafora: anal pengulangan






MAKSUD RANGKAI KATA
1.      Kolam-  Bekas yang diperbuat daripada batu atau simen yang diisi dengan  air   untuk mandi atau untuk mengambil air sembahyang.

2.      Masjid-  Bangunan tempat umat islam beribadat.

3.      Sembabyang raya- Ibadat suci umat islam selepas ibadah puasa (Aidiladha)  atau selesai menunaikan ibadah haji (Aidiladha).

4.      Bayam-  Sejenis sayur berdaun hijau atau merah.

5.      Kantung-  Kocek, saku, poket, pundi-pundi,kampit.

NILAI 
1.      Menjadi manusia yang berguna sentiasa menolong orang lain. Seseorang perlu sentiasa menolong  orang yang berada dalam kesoalan dan kesulitan hidup.
2.      Sikap buruk orang yang suka buat kecoh. Seseorang yang suka buat kecoh atau buat heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil hanya mempamerkan peribadinya yang buruk.
3.      Sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Seseorang yang melakukan sesuatupekerjaan dengan bersungguh-sungguh akan mendapat kejayaan akhirnya.
4.      Kesan buruk hasil daripada melakukan sesuatu yang tidak baik. Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak elok atau tidak berfikir sewaktu bertindak, pasti akan mendapat kesusahan akhirnya.
5.      Sikap tamak yang membawa kerugian. Orang yang selalu tamak dalam mendapatkan sesuatu akan mengalami banyak kerugian akhirnya.




PENGAJARAN

  1.     Kita hendaklah sentiasa suka menolong orang serta membantu orang lain yang berada dalam kesusahan dan kesulitan.
  2.   Jangan kita suka buat kecoh dan heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil. Usah bertindak keterlaluan.
  3.  Kita perlu melakukan sesuatu pekerjaan dengan berungguh-sungguh hingga Berjaya dan mendapat hasil yang maksimum.
  4.   Janganalah kita melakukan sesuatu yang tidak elok; tidak berfikir sewaktu bertindak, kelak kita akan mendapat kesusahan.
  5.   Usahlah kita bersikap tamak dalam memdapatkan sesuatu yang dihajati kerana akan menyebabkan seseorang mengalami kerugian berganda.

No comments:

Post a Comment