Friday 3 April 2015

PENGENALAN PANTUN







Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.


Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.Selain itu ,pantun merupakan warisan bangsa Melayu yang sangat tinggi nilai estetikanya. Pantun digunakan sebagai hiburan kerana pada zaman dahulu tidak terdapat sebarang media yang boleh digunakan untuk menghiburkan mereka apabila pulang dari bersawah, mencuci pakaian dan banyak lagi. Kini penggunaan pantun masih digunakan dalam aktiviti seperti majis rasmi, majlis perkahwinan, pertandingan-pertandingan dan banyak lagi.






Pantun bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan, tetapi dalam hiburan terdapat unsur-unsur seperti nasihat dan peraturan-peraturan hidup yang membimbing anggota masyarakat. Antara isi yang terdapat di dalam pantun ialah ;-

  • Adat Resam
  • Budaya
  • Falsafah
  • Agama
  • Untuk menyampaikan kiasan, nasihat, pesanan, sindiran dan teguran
  • Mengungkapkan perasaan gembira, hiba, rindu dan sedih
  • Menyatakan penghargaan atau terima kasih
  • Menegaskan pendapat dan menjelaskan maklumat
  • Menguji ketangkasan dan ketajaman fikiran





Pantun menjalankan fungsi-fungsi tertentu. Antara fungsi pantun ialah:-


Ciri-ciri pantun terbahagi kepada dua:
  • Pembayang
  • Maksud

No comments:

Post a Comment