Monday, 6 April 2015
KESIMPULANNYA
Kesimpulannya, pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Pantun termasuk ke dalam puisi lama, puisi lama merupakan latar belakang lahirnya puisi modern dan puisi kontemporer. Puisi lama memiliki banyak aturan yang mengikatnya berbeda dengan puisi modern yang tidak terikat oleh beberapa aturan. Puisi lama sangat patuh terhadap konvensi yang ada, seperti jumlah bait, rima, maupun baris.
Pantun sering digunakan dalam kehidupan harian oleh orang tua-tua, anak-anak, mahupun muda-mudi. Pantun tetap menjadi pilihan sebahagian orang kerana sifatnya yang unik, boleh dipakai dalam apapun situasi. Seiring dengan perkembangan pantun, pantun memiliki bentukan baru yang disebut seloka, talibun, dan karmina.
Selain itu, sebagai sebuah bentuk puisi, pantun ada keistimewaan dalam perbendaharaan sastera Melayu yang cukup indah dan sering digunakan pada majlis-majlis rasmi, upacara pembuka majlis ataupun pada majlis perkahwinan. Apabila sesuatu majlis tersebut diserikan dengan pantun sebagai kata pemanis, pastinya sekitar majlis yang berlangsung akan bertambah indah, riang dan berseri. Kebiasaannya pantun lazim digunakan untuk menyampaikan hajat secara simbolik melalui kata-kata indah, pujian dan sanjungan buat menyerikan lagi majlis yang berlangsung.Maka tidak hairanlah, pantun yang dicipta oleh masyarakat lama diwarisi daripada zaman nenek moyang kita mampu bertahan sehingga hari ini.
Berlainan pula di negeri ini, pantun dialunkan dengan irama Dondang Sayang yang telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah yang ketika itu untuk menghibur pedagang-pedagang yang datang ke negeri itu.Oleh itu, Dondang Sayang dialunkan dengan cara berbalas pantun secara spontan dalam gaya santai dan ada ketikanya ia amat melucukan membuatkan mereka yang mendengarnya tersenyum.Uniknya lagu warisan di negeri ini kerana ia masih diamalkan oleh pelbagai etnik bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu tetapi juga kaum Portugis, Baba Nyonya dan Chetti. Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta' .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment