Sudut Bahasa Melayu (pantun)
Monday, 6 April 2015
KESIMPULANNYA
Kesimpulannya, pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Pantun termasuk ke dalam puisi lama, puisi lama merupakan latar belakang lahirnya puisi modern dan puisi kontemporer. Puisi lama memiliki banyak aturan yang mengikatnya berbeda dengan puisi modern yang tidak terikat oleh beberapa aturan. Puisi lama sangat patuh terhadap konvensi yang ada, seperti jumlah bait, rima, maupun baris.
Pantun sering digunakan dalam kehidupan harian oleh orang tua-tua, anak-anak, mahupun muda-mudi. Pantun tetap menjadi pilihan sebahagian orang kerana sifatnya yang unik, boleh dipakai dalam apapun situasi. Seiring dengan perkembangan pantun, pantun memiliki bentukan baru yang disebut seloka, talibun, dan karmina.
Selain itu, sebagai sebuah bentuk puisi, pantun ada keistimewaan dalam perbendaharaan sastera Melayu yang cukup indah dan sering digunakan pada majlis-majlis rasmi, upacara pembuka majlis ataupun pada majlis perkahwinan. Apabila sesuatu majlis tersebut diserikan dengan pantun sebagai kata pemanis, pastinya sekitar majlis yang berlangsung akan bertambah indah, riang dan berseri. Kebiasaannya pantun lazim digunakan untuk menyampaikan hajat secara simbolik melalui kata-kata indah, pujian dan sanjungan buat menyerikan lagi majlis yang berlangsung.Maka tidak hairanlah, pantun yang dicipta oleh masyarakat lama diwarisi daripada zaman nenek moyang kita mampu bertahan sehingga hari ini.
Berlainan pula di negeri ini, pantun dialunkan dengan irama Dondang Sayang yang telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah yang ketika itu untuk menghibur pedagang-pedagang yang datang ke negeri itu.Oleh itu, Dondang Sayang dialunkan dengan cara berbalas pantun secara spontan dalam gaya santai dan ada ketikanya ia amat melucukan membuatkan mereka yang mendengarnya tersenyum.Uniknya lagu warisan di negeri ini kerana ia masih diamalkan oleh pelbagai etnik bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu tetapi juga kaum Portugis, Baba Nyonya dan Chetti. Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta' .
Saturday, 4 April 2015
PANTUN NASIHAT
PANTUN EMPAT KERAT-NASIHAT
Ada
kolam ada masjid,
Tempat orang sembahyang raya;
Tengah
malam bulan terbit,
Bintang sebiji membawa cahaya.
Air
surut memungut bayam,
Sayur diisi di dalam kantung;
Jangan
diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.
Alang-alang
menjeruk asam,
Biar lebih, kurang jangan;
Alang-alang
menyeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.
Ambil
golok di atas puan,
Hendak berakit ke kuala kedah;
Usah
dijiolok sarang tebuan,
Badan
sakit sesal tak sudah.
Anak
indung anak ketitir,
Anak merbah terlompat-lompat;
Yang
dikendong habis tercicir,
Yang dikejar haram tak dapat.
MAKSUD
PANTUN
RANGKAP 1
Persoalan berkaitan dengan menjadi
manusia yang berguna dan sentiasa menolong orang lain. Maksudnya, nasihat agar
suka menolong orang, orang dalam kesusahan, kesulitan; seperti sebiji bintang
yang menyinari bagi gelap pada waktu malam untuk memandu arah perjalanan manusia.
RANGKAP 2
Persoalan tentang sikap buruk orang yang
suka membuat kecoh. Maksudnya, nasihat agar kita jangan suka membuat kecoh atau
heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil.
RANGKAP 3
1. Persoalan
tentang sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Maksudnya, apabila
melakukan sesuatu pekerjaan, lakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga Berjaya
dan hasilanya maksimum.
2. Konteks
penggunaan yang sesuai adalah untuk kerja yang tidak baik. Ini kerana konotasi
maksud “pekasam” ialah “busuk”. Rujuk filem Semerah Padi (P.Ramlee). dalam
filem itu terdapat babak X ditangkap kerana berzina dengan Y. Mereka diarah
bertaubat sebelum dihukum sula. Namun, X enggan dan melafazkan dialog. “tidak!
Alang-alang menyehik pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan”.
RANGKAP 4
Persoalan tentang kesan buruk hasil
daripada melakukan sesuatu yang tidak baik. Maksudnya, mendapat kerana
melakukan sesuatu yang tidak elok, tidak berfikir sewaktu bertindak. Apabila
mudah berlaku, tidak guna menyesal, sama seperti perbuatan memusnahkan sarang
tebuan, menyebabkan badan sakit kerana disengat tebuan berbisa tersebut.
RANGKAP 5
Persoalan
tentang sikap tamak yang membawa kerugian. Maksudnya, sikap tamak akan
menyebabkan seseorang mengalami kerugian berganda. Apa yang sedia ada mungkin
hilang ( musnah, keciciran), sedangkan
apa yang dihajati (kehendak,hasrat,dikejar), belum tentu dapat hasilnnya.
TEMA
Tema pantun ialah kemanusiaan dan
kemasyarakatan. Pantun ini memberikan nasihat kepada manusia ke arah membentuk
peribadi mulia.
PERSOALAN
Persoalan pantun ini berkaitan dengan
nasihat kepada manusia memang pentingnya menjaga kelakuan, sikap, dan budi
bahasa dalam masyarakat.
GAYA BAHASA
“Rangkap
5”
(Anak) indung anak ketitir.
(Anak) merbah terlompat-lompat
“Anak”
;anafora: anal pengulangan
MAKSUD
RANGKAI KATA
1. Kolam-
Bekas yang diperbuat daripada batu atau
simen yang diisi dengan air untuk mandi atau untuk mengambil air
sembahyang.
2. Masjid-
Bangunan tempat umat islam beribadat.
3. Sembabyang raya-
Ibadat suci umat islam selepas ibadah puasa (Aidiladha) atau selesai menunaikan ibadah haji
(Aidiladha).
4. Bayam-
Sejenis sayur berdaun hijau atau merah.
5. Kantung-
Kocek, saku, poket, pundi-pundi,kampit.
NILAI
1. Menjadi
manusia yang berguna sentiasa menolong orang lain. Seseorang perlu sentiasa
menolong orang yang berada dalam
kesoalan dan kesulitan hidup.
2. Sikap
buruk orang yang suka buat kecoh. Seseorang yang suka buat kecoh atau buat
heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil hanya
mempamerkan peribadinya yang buruk.
3. Sikap
bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Seseorang yang melakukan
sesuatupekerjaan dengan bersungguh-sungguh akan mendapat kejayaan akhirnya.
4. Kesan
buruk hasil daripada melakukan sesuatu yang tidak baik. Seseorang yang
melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak elok atau tidak berfikir sewaktu bertindak,
pasti akan mendapat kesusahan akhirnya.
5. Sikap
tamak yang membawa kerugian. Orang yang selalu tamak dalam mendapatkan sesuatu
akan mengalami banyak kerugian akhirnya.
PENGAJARAN
- Kita hendaklah sentiasa suka menolong orang serta membantu orang lain yang berada dalam kesusahan dan kesulitan.
- Jangan kita suka buat kecoh dan heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil. Usah bertindak keterlaluan.
- Kita perlu melakukan sesuatu pekerjaan dengan berungguh-sungguh hingga Berjaya dan mendapat hasil yang maksimum.
- Janganalah kita melakukan sesuatu yang tidak elok; tidak berfikir sewaktu bertindak, kelak kita akan mendapat kesusahan.
- Usahlah kita bersikap tamak dalam memdapatkan sesuatu yang dihajati kerana akan menyebabkan seseorang mengalami kerugian berganda.
Friday, 3 April 2015
JENIS -JENIS PANTUN
Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat.Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait .Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".
Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru , pantun-pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan,peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan.
Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.
Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat.
Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya.
Di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun empat kerat seperti dikemukakan di atas :-
Jenis Pantun : Dua Kerat
Buah beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.
PANTUN EMPAT KERAT
Jenis Pantun : Teka-teki : Untuk berseronok dan menduga kebolehan dalam berfikir
Kelip-kelip disangka api,
Kalau api di mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati di mana kuburnya?
Jenis Pantun :Jenaka: Semata-mata untuk hiburan
Orang Rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang
Jenis Pantun: Kasih Sayang
Burung merbuk membuat sarang,
Anak enggang meniti di paya;
Tembaga buruk di mata orang,
Intan berkarang di hati saya.
Jenis Pantun : Nasihat
Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Jenis Pantun : Budi
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
Jenis Pantun : Nasib
Payang retak tali bersimpul,
Kendi lokan airnya tumpah;
Hidup tidak kerana kaul,
Mati bukan kerana sumpah.
Jenis Pantun :Perantau
Pungut teritip di tiang batu,
Batu pecah dilanda karang;
Beginilah nasib dagang piatu,
Kain basah kering di pinggang.
Jenis Pantun : Adat
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.
Jenis Pantun : Kepahlawanan
Patah rotan tali bersilang,
Batang meranti rimbun berjejal;
Langkah pahlawan di tengah gelanggang,
Berpantang mati sebelum ajal.
Jenis Pantun : Peribahasa
Punggur rebah puyuh mendengut,
Dengut melata di tengah padang;
Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang.
Jenis Pantun : Kias dan Ibarat
Gesek biola tiup serunai,
Sayu dara berhati walang;
Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang.
Jenis Pantun : Agama
Letak bunga di atas dulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.
Jenis Pantun : Kanak-kanak : Lagu sedih dan bersuka-ria
Anak rusa nani,
Baru kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur
Buah beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.
PANTUN EMPAT KERAT
Jenis Pantun : Teka-teki : Untuk berseronok dan menduga kebolehan dalam berfikir
Kelip-kelip disangka api,
Kalau api di mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati di mana kuburnya?
Jenis Pantun :Jenaka: Semata-mata untuk hiburan
Orang Rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang
Jenis Pantun: Kasih Sayang
Burung merbuk membuat sarang,
Anak enggang meniti di paya;
Tembaga buruk di mata orang,
Intan berkarang di hati saya.
Jenis Pantun : Nasihat
Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Jenis Pantun : Budi
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
Jenis Pantun : Nasib
Payang retak tali bersimpul,
Kendi lokan airnya tumpah;
Hidup tidak kerana kaul,
Mati bukan kerana sumpah.
Jenis Pantun :Perantau
Pungut teritip di tiang batu,
Batu pecah dilanda karang;
Beginilah nasib dagang piatu,
Kain basah kering di pinggang.
Jenis Pantun : Adat
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.
Jenis Pantun : Kepahlawanan
Patah rotan tali bersilang,
Batang meranti rimbun berjejal;
Langkah pahlawan di tengah gelanggang,
Berpantang mati sebelum ajal.
Jenis Pantun : Peribahasa
Punggur rebah puyuh mendengut,
Dengut melata di tengah padang;
Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang.
Jenis Pantun : Kias dan Ibarat
Gesek biola tiup serunai,
Sayu dara berhati walang;
Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang.
Jenis Pantun : Agama
Letak bunga di atas dulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.
Jenis Pantun : Kanak-kanak : Lagu sedih dan bersuka-ria
Anak rusa nani,
Baru kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur
PENGENALAN PANTUN
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.Selain itu ,pantun merupakan warisan bangsa Melayu yang sangat tinggi nilai estetikanya. Pantun digunakan sebagai hiburan kerana pada zaman dahulu tidak terdapat sebarang media yang boleh digunakan untuk menghiburkan mereka apabila pulang dari bersawah, mencuci pakaian dan banyak lagi. Kini penggunaan pantun masih digunakan dalam aktiviti seperti majis rasmi, majlis perkahwinan, pertandingan-pertandingan dan banyak lagi.
Pantun bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan, tetapi dalam hiburan terdapat unsur-unsur seperti nasihat dan peraturan-peraturan hidup yang membimbing anggota masyarakat. Antara isi yang terdapat di dalam pantun ialah ;-
- Adat Resam
- Budaya
- Falsafah
- Agama
- Untuk menyampaikan kiasan, nasihat, pesanan, sindiran dan teguran
- Mengungkapkan perasaan gembira, hiba, rindu dan sedih
- Menyatakan penghargaan atau terima kasih
- Menegaskan pendapat dan menjelaskan maklumat
- Menguji ketangkasan dan ketajaman fikiran
Pantun menjalankan fungsi-fungsi tertentu. Antara fungsi pantun ialah:-
Ciri-ciri pantun terbahagi kepada dua:
- Pembayang
- Maksud
Subscribe to:
Posts (Atom)